Sunday, 16 October 2011

kelebihan menderma darah

Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.Menderma darah bukan hanya dapat menyelamatkan nyawa orang lain tetapi pada masa yang sama penderma turut menikmati faedahnya. Menderma darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru; secara tidak langsung akan meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
Ciri penderma darah:
* Berumur 18 hingga 65 tahun.Berat badan melebihi 45 kilogram.

* Tahap haemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
* Tidak menghidap penyakit kronik.

* Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.

* Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
* Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

faedah menderma darah...

kekerapan menderma
 1 kali     = percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan serta wad kelas 2 slma 4 bulan...
 2-5 kali  = percuma pelalian hepatitis B dan sama seperti atas..
 6-10 kali = percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 2 selama 6 bulan.
 11-15 kali = percuma rawatan pesakit luar 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas 2 setahun.
 16-20 kali = percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 2,selama 2 tahun.
 21-30 kali = percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 2 selama 3 tahun.
 31-40 kali = percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 1 selama 4 tahun.
 41-50 kali =  percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 1 slm 6 tahun.               
 lebih 50 kali = percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 1 selama 10 tahun.


Friday, 14 October 2011

thalassemia

Thalassemia merupakan penyakit genetik darah yang diwarisi akibat ketidakseimbangan dalam pembentukan rantai polipeptida. Ketidakseimbangan ini adalah akibat daripada pengurangan atau ketiadaan rantai globin tertentu. Penyakit ini melibatkan bahagian globin (sama ada protein alpha atau beta) dari molekul hemoglobin tersebut.  Terdapat dua jenis rantai globin iaitu α(alpha) dan β(beta). Jika ketiadaan rantai α dikesan,ianya dikenali sebagai α thalassemia. Jika ketiadaan rantai β dikesan,ianya dikenali sebagai β thalassemia.
Jikalau badan kita tidak dapat menghasilkan dengan secukupnya salah satu daripada protein alfa atau beta, sel-sel darah merah kita tidak dapat berfungsi dengan betul lalu mengakibatkannya tidak berkemampuan untuk membawa oksigen yang secukupnya. Dalam penyakit talassemia, pengurangan hemoglobin (akibat daripada pengurangan pembentukan globin yang normal tadi), menyebabkan pengurangan sel-sel darah merah secara umumnya dan ini disebut, anemia. Penyakit talassemia ini membabitkan hemoglobin iaitu komponen sel darah merah yang berfungsi sebagai pembawa oksigen.
Terdapat juga bentuk-bentuk lain talassemia yang disebabkan oleh penggabungan gen-gen talassemia alpha atau beta dengan gen-gen tidak normal seperti E Beta Thalassemia dan Sickle Beta Thalassemia.

selamat tinggal final piala malaysia 2011

suasana dalam stadium sebelum sepak mula

sebak dan luluh rasa hati bila pasukan TRW xdapat ke final tahun nie....
walaupon corak permainan yg seimbang antara kedua pskan,tp nsib mnyebelahi Terengganu..
corak permainan yg agresif ditunjukkan pmain TRW mnunjukkan wlaupon ketnggalan 3-1,tp smngat keinginan untuk menang tidak luntur...
tahniah Terengganu....Bagi TRW,truskan perjuangan anda..
kami sebagai pemain ke 12 akan terus mnyokong anda...

blog oh blog...

baru  lepas blogwalking ke blog2 otai..
bnyak juga isu yang membincangkan tentang blogger baru...
biasalah,kite xtau pape kan...
at least dengan teguran otai2,kami blogger baru akn dpt info n brtapak kat dunia blog ni...
anyway,tq otai blogger sume...
teguran yang membina mcm ni yg kite maw...
peace..:-)

Wednesday, 12 October 2011

Kawalan keselamatan diperketat pada aksi Kelantan-Terengganu


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan mempertingkat tahap kawalan keselamatan sebagai langkah untuk mengelak berlakunya sebarang kejadian buruk ketika pertemuan suku akhir kedua antara Kelantan dengan Terengganu di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu, malam esok.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan khusus dengan pihak keselamatan untuk memastikan keseluruhan perlawanan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang dikhuatiri boleh menjejaskan aksi kedua-dua pasukan.
Menurutnya, pertemuan kedua-dua pasukan ini merupakan perlawanan yang sengit dan dijangka akan menarik lebih ramai penyokong untuk hadir menyaksikan aksi tersebut.
“Kawalan pintu masuk akan diperketatkan dengan kerjasama pihak keselamatan yang akan membuat pemeriksaan rapi untuk memastikan penyokong yang hadir ke stadium tidak membawa masuk barangan larangan seperti mercun dan bunga api yang boleh mengganggu serta mencederakan orang lain.
“Selain itu, anggota keselamatan yang berpakaian biasa akan ditempatkan di dalam kawasan stadium sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini. Untuk mengelakkan berlakunya kesesakan pula, Kafa akan membuka pintu masuk stadium seawal pukul 6.30 petang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambahnya, pihaknya berharap para penyokong setia TheRed Warriors dapat memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada anggota keselamatan untuk memastikan tidak berlaku sebarang insiden yang boleh mencemarkan perlawanan tersebut.
Dalam perkembangan lain, Annuar memberitahu, sebanyak 20,000 keping tiket akan dijual pada pagi Jumaat ini dengan harga RM30 bagi tempat duduk berbumbung (Astaka) dan RM15 untuk tempat duduk terbuka.
“Saya nasihatkan kepada para penyokong Kelantan supaya datang awal untuk mendapatkan tiket-tiket perlawanan bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di kaunter-kaunter jualan.
“Para penyokong juga dinasihatkan supaya membeli tiket di kaunter jualan bagi mengelakkan mereka membeli dengan harga yang mahal dari pihak yang ingin mengambil kesempatan atas permintaan yang tinggi,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlam Lazim menasihatkan semua penyokong supaya mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak stadium dan memberikan kerjasama kepada pihak keselamatan bagi memastikan suasana perlawanan berjalan dengan lancar.
“Pihak kami akan bertindak tegas kepada yang engkar.”

Peniaga terkejut caj baiki kereta RM4,100


KUALA LUMPUR – Gara-gara menghantar kereta bagi membaiki kerosakan tangki radiator, seorang peniaga mendakwa mengalami kerugian apabila caj yang dikenakan 10 kali ganda berbanding harga biasa oleh sebuah bengkel kenderaan di Sungkai, Perak baru-baru ini.
Pemilik kereta tersebut, Zaini Mohd. Zain, 38, berkata, bengkel itu mengenakan caj sebanyak RM4,100 berbanding harga bagi kerja-kerja membaiki radiator biasanya pada sekitar RM400 hingga RM500 sahaja.
“Memang cekik darah. Takkan hanya tukar radiator boleh dikenakan harga sebegitu rupa. Malah, jika top overhaul sekali pun, harganya tidak sampai seperti itu,” dakwanya ketika ditemui di pejabat Kosmo! semalam.
Menurut Zaini, kereta Proton Wira automatik miliknya itu dipandu oleh adik iparnya pada hari raya keempat lalu rosak kerana mengalami kerosakan pada tangki radiator.
Ketika itu, adik iparnya dalam perjalanan dari Sungkai, Perak menghala ke ibu kota selepas pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kangar, Perlis.

Kena tembak pasal hutang


KOTA BHARU – Seorang lelaki sempat menunggang motosikal sejauh 500 meter untuk meminta bantuan isterinya selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan oleh rakannya sendiri sebaik bertengkar mengenai hutang kelmarin.
Kejadian pukul 9.30 malam di Simpang Empat Salam, Rantau Panjang dekat sini itu menyebabkan Mohd. Anuar Mohd. Noor, 31, kritikal selepas terkena tembakan di pinggangnya. Dia kini sedang bertarung nyawa di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Kejadian berlaku apabila mangsa yang tinggal di Taman Wahyu telah membawa anak lelakinya, Mohd. Ifni Hamka, 6, dengan menunggang sebuah motosikal ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya untuk berjumpa dua rakannya.
Sebaik berjumpa, salah seorang lelaki itu terus mengeluarkan sepucuk pistol selepas bertengkar lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal. Anak mangsa tidak cedera.

Kereta 'tanker' mampu bawa 1,000 liter diesel seludup


PADANG BESAR - 'Kereta tanker.'
Demikian yang boleh digambarkan mengenai sebuah kenderaan penyeludup diesel yang dirampas Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di Kampung Melayu di sini petang kelmarin.
Walaupun ia sebenarnya hanya sebuah kereta Proton Wira tetapi bahagian dalamnya telah diubah suai dengan seluruh bahagian tempat duduk belakang sehingga atapnya dimuatkan dengan sebuah tangki minyak manakala sebuah lagi tangki diletak pada but belakang.
Menariknya, kereta tersebut mampu mengisi diesel sehingga 1,000 liter dan kereta itu dipasang cermin gelap bagi mengaburi pihak berkuasa daripada melihat keadaan di dalamnya.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang kelmarin, kelicikan pemandu dan kehebatan kereta tersebut akhirnya ditumpaskan setelah ia dikesan oleh anggota UPP yang membuat rondaan ketika melalui tapak kilang di sini.
Komander UPP Padang Besar, Asisten Supritendan, Noor Janihan Nanyang berkata, anggotanya yang hairan melihat kelibat kenderaan tersebut kerana tayar belakangnya begitu mendap dan bergerak seperti 'kura-kura'.
"Apabila mengekori kereta tersebut kira-kira tiga kilometer, pemandunya telah menyedari aktivitinya terbongkar dan dia cuba melarikan diri tetapi dapat dipintas di kampung tersebut," katanya di sini semalam.

PRODUK SLIM DIET2(SD2)....BERDIET SAMBIL MENJAGA KESIHATAN


PRODUK SD2..terlaris di pasaran.
Rekod dunia, TURUN 64 KG SEBULAN!
tagline: diet tanpa lapar...memang x lapar!!!!!
Turunkan berat anda 8-10 kilo sebulan!
Tak percaya????cubalah
Harga SD2? Amat berpatutan. Kalau masih lg berfikir utk membelinya...fikirkan Kos yg perlu kita guna bila dh berat sgt bdn tu, ditambah dgn penyakit2 ,

SLIMDIET2 (SD2)

TIADA LAGI MASALAH BERAT BADAN DENGAN SLIM DIET 2 SD II membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal dengan mengamalkan konsep diet yang sihat TANPA PERLU BERLAPAR dan sekaligus menghilangkan lemak badan berlebihan pada tubuh anda. SD II juga membantu anda untuk mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik dan menawan.... KELEBIHAN SD II BERBANDING PRODUK LAIN
•SELAMAT DAN EFEKTIF KERANA BERSUMBERKAN ALAM SEMULAJADI.
•PENURUNAN BERAT BADAN SEBANYAK 64KG DALAM MASA 1 BULAN.
•BERDASARKAN JUMLAH JUALAN DI ASIA-PASIFIK SAHAJA, SLIM DIET II TELAH BERJAYA MENURUNKAN SEBANYAK 6000 TAN LEMAK DISELURUH DUNIA SEPANJANG 21 TAHUN DIPASARAN.
•SDII ADALAH PROGRAM PELANGSINGAN BADAN YANG PERTAMA DIDUNIA YANG MENGAMALKAN TEKNIK DIET KARBOHIDRAT RENDAH.
•PENURUNAN BERAT BADAN PADA KADAR 250g - 500g SETIAP HARI. •PADA SETIAP 500g LEMAK YANG DIBAKAR DITUKARKAN MENJADI TENAGA KEPADA 3000 KALORI.
•TIADA MASALAH KULIT KENDUR & BERKEDUT KERANA SD II BERASASKAN PROTEIN SOYA. •TIDAK PERLU BERLAPAR. PROGRAM SD II MEWAJIBKAN ANDA MAKAN 3 KALI SEHARI.
•MEMBANTU MENGURANGKAN MASALAH KESIHATAN BERKAITAN OBESITI.
•MENJIMATKAN, MUDAH, & TERBUKTI BERKESAN. PSMF - Protein Sparing Modified Fast. Konsep ini berkait rapat dengan SD II ini yang telah melalui kajian terperinci dalam mengurangkan berat badan oleh dua orang pakar dari Universiti Harvard iaitu Prof. Dr. George Cahill dan Dr. George Blackburn. Kedua pakar ini adalah penyelidik dari bidang perubatan di universiti tersebut. Program berdasarkan kepada penyimpanan protein dan diet ketogenik ini adalah hasil kajian sekumpulan ahli perubatan dari Sekolah Perubatan Harvard. Prinsipnya menghampiri pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya adalah penuh berkesan dan selamat. Slim Diet II membekalkan kesemua zat pemakanan yang seimbang untuk anda. Ianya telah diperkayakan dengan protein (protein soya isolat), vitamin, zat galian dan asid lemak yang diperlukan dalam jumlah yang seimbang.Pengurangan berat badan melalui SD II adalah senang, selamat, dan berkesan. Pengurangan berat badan adalah pasti dan rasa lapar dapat dihindari. Yang penting sekali, kemungkinan penambahan balik berat yang dikurangkan adalah sangat rendah. PROTEIN Protein adalah asas kepada semua sel hidup. Protein berasal daripada perkataan Greek yang bermakna 'pertama' kerana protein dikatakan sebagai bahagian tubuh badan manusia yang terpenting sekali. Protein sering digunakan. Oleh kerana badan kita tidak mampu menyimpan protein maka ianya perlu digantikan setiap 160 hari. Sel-sel organ penting dalam tubuh berubah lebih cepat. Sel-sel hati digantikan setiap 2 minggu manakala sel-sel darah setiap 30 hari. Oleh kerana sel-sel organ ini terdiri daripada protein, cuma protein sahaja dapat digunakan untuk membina, membaiki atau mengekalkan fungsi tubuh kita. Slim Diet II dari New Image menggunakan Protein Soya Isolat sebagai ramuan asas dalam Slim Diet II. Protein Soya Isolat merupakan komponen protein yang diasingkan daripada kacang soya. Ia membekalkan protein berkualiti tinggi yang setara dengan susu dan telur tetapi bebas daripada lemak tepu dan kolestrol. PENURUNAN BERAT BADAN MENJADI LEBIH MUDAH SD II merupakan kaedah pelansingan badan yang BERBEZA dan PALING SIHAT melalui perspektif KESIHATAN untuk mendapatkan penurunan berat badan yang optima TANPA PERLU BERLAPAR. Dengan SD II ini anda boleh makan 3 kali pemakanan utama biasa anda (sarapan, tengahari dan malam) setiap hari. Melalui ujian kendiri , anda boleh mengukur kadar metabolism pada tahap pembakaran lemak yang maksimum. Ujian melalui Kettone stick membantu anda mengenalpasti tahap keperluan pemakanan pada tubuh badan anda dan setrusnya membantu anda mengurangkan berat badan dengan lebih cepat dan berkesan. Hanya dengan SD II. CARA PENGGUNAAN : 1. goncang tin SD II sebelum buka bagi memastikan semua khasiat menjadi sama rata. 2. campurkan 2 sudu penuh SD II dengan air sejuk 250 ml. 3. makan hanya makanan yang dibenarkan. 4. minum banyak air. ELAKKAN : * ibu mengandung / ibu menyusu anak tidak dibenarkan mengambil SD II. * jangan menggunakan air panas semasa menyediakan SD II. Tidak ada peraturan yang rumit untuk diikuti dan anda akan mencapai keputusan yang diidam-idamkan. Ianya semudah 1,2,3... 1.Tambahkan 2 sudu penuh SLIM DIET II ke dalam 200-250 ml air sejuk (jangan guna air panas). 2.Kurangkan makanan berlemak dan bergula. 3.Tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran, bijiran asli dan makanan laut. 3 gelas SD II sehari akan membekalkan anda dengan 100% zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untu tenaga dan tubuh yang ramping lagi sihat. TANYA SAYA SEKARANG!! Fieda-0132127944@RAHIM 0194714662

Thai cuba halang banjir ke lapangan terbang Bangkok


Thailand meningkatkan pertahanan di lapangan terbang utamanya di sini dan beberapa kawasan lain  bagi melindungi 12 juta penduduk di Bangkok daripada berdepan masalah banjir.
Dinding-dinding perlindungan banjir dinaikkan sehingga 3.5 meter di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, kata Pemangku Pengarah Lapangan Terbang Thailand, Somchai Sawasdipol.
Beliau berkata, lapangan terbang itu akan terus beroperasi seperti biasa.
"Saya yakin (akan dapat menghalang banjir di lapangan terbang itu) tetapi kami tidak akan cuai," katanya.
Menurutnya, lapangan terbang itu mempunyai dua stesen pam air utama dan sebuah pasukan pemantau selama 24 jam.
Sekurang-kurangnya 269 orang mati dalam banjir yang berlaku di Thailand sejak dua bulan lalu

Wanita bunuh ibu hamil diikat jamin RM3.13 juta

MILWAUKEE, Amerika Syarikat - Sebuah mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak AS$1 juta (RM3.13 juta) ke atas seorang wanita, Annette Morales-Rodriguez yang berpura-pura mengandung sebelum menyerang dan membunuh seorang ibu yang sarat mengandung dengan menggunakan kayu pemukul besbol dan membelah perut mangsa dengan pisau untuk mengeluarkan bayinya.
Wanita yang mati itu, Maritza Ramirez-Cruz dan bayi yang dijangka dilahirkan pada minggu hadapan, mati dalam kejadian tersebut, menurut dokumen mahkamah yang difailkan kelmarin.
Morales-Rodriguez, 33, menghadapi tuduhan membunuh dengan sengaja tahap pertama dengan menggunakan senjata serta membunuh janin dengan menggunakan senjata.
Morales-Rodriguez yang hadir ke mahkamah, berhadapan hukuman mandatori penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
"Saya tidak tahu apa yang berada di dalam fikirannya," kata Maria Garcia, 44, yang tinggal berjiran dengannya.
Menurut laporan siasatan, Morales-Rodriguez memberitahu teman lelakinya mahu mempunyai anak tetapi dia tidak mengandung.
Wanita itu kemudian berpura-pura hamil dan apabila jangkaan kelahiran palsunya semakin dekat dia mencari wanita hamil.
Morales-Rodriguez kemudian mencari wanita yang hamil dan menemui Ramirez-Cruz di sebuah pusat perlindungan.
Dia kemudian menawarkan Ramirez-Cruz menaiki keretanya dan berhenti di rumahnya dengan alasan untuk menukar kasut pada Khamis lalu.
Morales-Rodriguez kemudian bertindak membunuh Ramirez Cruz dengan kayu besbol sebelum membelah perutnya dengan tujuan untuk mengambil bayinya untuk dijadikan anaknya

Adi wira ditangkap kerana sembur lada

SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki yang memakai kostum adi wira dan menggelarkan dirinya sebagai Phoenix Jones untuk mengawal jenayah memakan diri apabila dia ditangkap pada Ahad lalu kerana menyerang beberapa orang dengan menggunakan semburan lada.
Menurut polis kelmarin, adi wira berusia 23 tahun itu atau nama sebenarnya Benjamin John Francis ditahan di sebuah penjara daerah atas empat tuduhan melakukan serangan dan akan dihadapkan ke mahkamah esok.
Mengulas mengenai penangkapannya, Jones yang berbadan sasa dan memakai topeng hitam berbelang kuning bersama sut ketat berkata, ketika kejadian dia hanya cuba untuk meleraikan satu pergaduhan jalanan.
"Hanya kerana dia memakai kostum adi wira bukan bermakna dia akan diberikan pengecualian atau kebal daripada tindakan undang-undang," kata seorang jurucakap polis Seattle, Detektif Mark Jamieson.
"Anda tidak boleh sesuka hati menyembur semburan lada pada orang yang pada fikiran anda, sedang bergaduh," tambahnya.
Namun, dalam akaun Facebooknya, Jones menyatakan bahawa dia tidak sesekali akan menyerang atau mencederakan orang lain sekiranya mereka tidak menyebabkan kecederaan kepada manusia lain.
Dia juga menyiarkan satu klip video insiden berkenaan bagi membuktikan dia tidak bersalah.
Jones yang digelar adi wira Seattle popular dalam kalangan penduduk bandar raya ini kerana keberaniannya mencegah jenayah bersama orang kanannya, Ghost.

Thailand dahagakan perkhidmatan 3G

SEJAK kebelakangan ini, semakin ramai warga urban Thailand menjadikan telefon pintar BlackBerry dan iPhone sebagai salah satu aksesori yang perlu dimiliki mereka.
Meskipun, telefon pintar menjadi kegilaan negara berkenaan, rangkaian internet mudah alih masih berdepan kesukaran dalam menawarkan perkhidmatan lebih pantas kepada pelanggan-pelanggan di negara Gajah Putih itu.
Selepas sedekad teknologi komunikasi generasi ketiga (3G) dilancarkan di Jepun, perkhidmatan 3G masih belum dapat dinikmati sepenuhnya rakyat negara Thailand sedangkan negara jiran mereka Laos sudah mula memperkenalkan teknologi 4G yang lebih pantas.
Selain Myanmar yang dikuasai tentera, Thailand merupakan negara di Asia Tenggara masih tidak menggunakan perkhidmatan 3G sepenuhnya. Teknologi 3G banyak memberi manfaat apabila membolehkan pengguna telefon mudah alih melayari internet dan memuat turun muzik serta video melalui telefon mudah alih.
"Saya telah membeli telefon ini kira-kira tiga tahun lalu kerana menyangka dapat menggunakan 3G tetapi, ia mengambil masa tiga tahun untuk menikmati perkhidmatan tersebut," kata Tiabtawan Limjittrakorn, 25, yang menetap di Bangkok.
Negara Kemboja turut mempunyai rangkaian 3G sejak tahun 2006 lagi, ia sekali gus membolehkan pengguna mudah alih mengakses kandungan dalam talian dengan lebih pantas berbanding jiran mereka Thailand.
Pada tahun lalu, mahkamah Thailand memberhentikan bidaan lesen rangkaian 3G pada saat-saat akhir disebabkan syarikat gergasi milik kerajaan, CAT, membantah bahawa Suruhanjaya Telekomunikasi Negara tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan bidaan.
CAT dan sebuah lagi syarikat milik kerajaan, TOT mempunyai hak menguntungkan bagi pemberian konsesi untuk perkhidmatan generasi kedua dan berdepan kerugian dalam pendapatan sekirannya pengendali-pengendali memperoleh lesen 3G dan bertukar kepada teknologi baharu itu.
Terdapat beberapa kawasan yang mendapat liputan terhad apabila tiga pengendali telekomunikasi utama Thailand iaitu Advanced Info Service (AIS), Dtac dan True mengetepikan isu lesen dengan menaik taraf kelajuan rangkaian penghantaran data, membina tiang-tiang komunikasi serta menyediakan rangkaian 3G secara percuma.

Pengedar guna SMS jual dadah ditangkap

BATU PAHAT - Malang berganda bagi seorang lelaki apabila bukan sahaja ditahan atas kesalahan mengedar dadah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) malah turut berdepan hukuman gantung.
Dia ditangkap selepas polis menyerbu kediamannya di Semerah, dekat sini Sabtu lalu dan ditemui bersamanya dadah jenis heroin seberat 27 gram.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan menggunakan khidmat penjualan bergerak iaitu menghantar dadah kepada pelanggan tetap yang melakukan pesanan menerusi SMS atau panggilan telefon.
Menurut beliau, setelah mengenal pasti pelanggan yang membuat pesanan, suspek yang berusia 33 tahun akan menentukan lokasi dan masa untuk menyerahkan dadah tersebut bagi mengelak dikesan polis.
Katanya, hasil maklumat awam dan risikan, taktik itu terbongkar dan serbuan yang dilakukan di kediamannya kira-kira pukul 4 pagi, menemui tiga peket plastik lut sinar berisi bahan dipercayai dadah jenis heroin.

Lari dalam keadaan terbakar

SHAH ALAM – Seorang lelaki Nepal yang terbakar hampir seluruh badan sempat lari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri sebelum mangsa terjatuh ke dalam longkang dan mati di Blok 14 Pangsapuri Seksyen 20 di sini semalam.
Kejadian pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila rumah sewa yang dihuni mangsa, Chakra Bahadur Bolum, 21, bersama tujuh rakan senegara di aras bawah bangunan lima tingkat tersebut terbakar.
Dalam kebakaran tersebut, tiga rakannya yang berada di dalam rumah melecur teruk manakala seorang lagi cedera ringan.
Difahamkan, ketika kebakaran, kesemua mangsa sedang tidur kerana penat bekerja syif malam di sebuah kilang elektronik di sini.
Ketiga-tiga mangsa yang melecur teruk ialah Chanda Bahadu, Tibendra Rana Mughar dan Khadka Bahadur Shasta manakala yang cedera ringan ialah Sibu Bahadur.
Kesemua mangsa berumur di antara 21 hingga 27 tahun.
Bagaimanapun, tiga lagi penghuni tiada di rumah kerana bekerja.
Seorang saksi, Zakaria Baharudin, 45, berkata, pada mulanya dia terdengar suara orang meminta tolong sebelum pergi ke tempat kejadian dan melihat asap tebal keluar dari rumah berkenaan.

Ya'acob dakwa berusia 128 tahun

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki dari Kampung Bendang Ikan, Baroh Pial, dekat sini mendakwa dirinya kini berusia 128 tahun biarpun tarikh lahir pada kad pengenalannya menunjukkan dia dilahirkan pada 2 September 1914.
Ya’acob Idris yang berasal dari Kampung Siram, Jeram Perdah mendakwa dia dilahirkan pada zaman pemerintahan Long Senik Mulut Merah yang memakai gelaran Sultan Muhammad Ke-II yang memerintah Kelantan dari tahun 1845 hingga 1886.
Menguatkan dakwaannya, Ya’acob memberitahu, ketika zaman tersebut penduduk di kampungnya hanya menggunakan periuk dan belanga yang diperbuat daripada tanah liat untuk kegunaan harian.
“Zaman itu juga belum ada kain kafan. Jadi, kami hanya menggunakan daun pisang dan guni untuk membalut jenazah sebelum dikebumikan. Mancis pun belum ada masa tu, hanya guna minyak dan garam untuk nyalakan api.
“Mata wang ketika itu wang syiling yang berlubang di tengah yang dikenali sebagai wang ‘kenering’. Perkahwinan pertama saya, mas kahwinnya hanya 20 keping wang tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.

Tuesday, 11 October 2011

Himpunan Sejuta Umat 22 Oktober

Himpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober ini merupakan satu manifestasi bagi membendung ancaman kepada akidah umat Islam di Malaysia.
Perhimpunan raksasa yang buat pertama kali diadakan itu dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat Cegah Murtad (Himpun) dengan kerjasama kira-kira 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.
Setiausaha Sekretariat Himpun, Aminuddin Yahaya berkata, ia merupakan satu perhimpunan yang dianjurkan tanpa sebarang kepentingan politik dan kesemua wakil parti dan NGO digalakkan hadir.
“Kami yang mewakili hampir 1,000 NGO daripada pelbagai latar belakang akan bersama-sama menjayakan Himpunan Sejuta Umat bagi merakamkan rasa terharu kami di atas ketegasan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Sultan Selangor berhubung isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja baru-baru ini,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Pengadil bertindak ikut emosi

LIMA kad merah dan lebih 10 kad kuning yang dilayangkan dalam tempoh 90 minit pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 antara Terengganu dan Kelantan kelmarin sudah cukup membuktikan betapa mutu pengadilan bola sepak di negara ini berada pada tahap memalukan.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak profesional, para penyokong turut menyelar sikap terlalu emosi pengadil perlawanan, Mohd. Nafeez Abd. Wahab yang sewenang-wenangnya melayangkan kad kuning kepada para pemain.
Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh), Wan Mohd. Azmi Wan Ngah berkata, pengadil sepatutnya mengawal permainan dengan tenang dan bukannya mencari kesalahan para pemain untuk dilayangkan kad kuning.
“Layangan lima kad merah dalam satu perlawanan memang tidak pernah berlaku dalam sejarah bola sepak negara dan ia cukup-cukup memalukan.
“Tindakan pengadil bukan sahaja membuatkan para pemain jadi tertekan, malah dianggap sebagai provokasi secara senyap kepada para penyokong kedua-dua pasukan,” jelasnya kepada Kosmo!.
Pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu, Terengganu berjaya mendapat bekalan selesa menjelang aksi suku akhir kedua apabila menang 3-1.
Namun, perlawanan yang dianggap ‘Pertembungan Pantai Timur’ itu dicemari dengan layangan lima kad merah masing-masing dua kepada pemain Terengganu (Ismail Faruqi dan Zubir Azmi) sementara tiga kepada pemain Kelantan iaitu Daudsu Jamaludin, Mohd. Aziz Ismail dan Mohd. Shakir Shaari.
Jelas Wan Mohd. Azmi lagi, sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meneliti sistem pengadilan bola sepak di negara ini yang dianggap kerap menimbulkan kontroversi.
“Kita lihat pengadil seolah-olah mempunyai 'kuasa kebal' untuk menghukum pemain, sedangkan mana-mana jurulatih yang mengkritik sistem pengadilan akan menerima hukuman.
“Jadi, FAM perlu bersikap lebih adil dengan mendengar suara kedua-dua pihak sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.
Presiden Terengganu FC (TFC), Hazrul Hanafi pula berkata, tindakan pengadil yang melayangkan lima kad merah kelmarin telah merosakkan mutu permainan kedua-dua pasukan.
“Semua tahu Kelantan dan Terengganu merupakan dua pasukan terbaik di negara ini dan ekoran daripada tindakan pengadilan yang lemah, maka permainan yang sepatutnya menjadi baik telah bertukar seperti medan peperangan,” katanya.

45,000 orang muda muflis

Hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj (gambar kecil). Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan sebanyak 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan.
"Biarpun mereka bergaji lingkungan RM3,000 sebulan, jumlah pembayaran sebanyak 30 peratus adalah tinggi khususnya dalam menampung kos hidup.